Core LZS System

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

STATUS PROJEK CORE LZS SYSTEM

STATUS PROJEK CORE LZS SYSTEM

Assalammualaikum w.b.t kepada semua kakitangan LZS yang dikasihi. Semoga kita dalam lindungan Allah S.W.T hendaknya dan diberi kesempatan serta kekuatan lagi untuk sama-sama meningkatkan amal ibadah di penghujung Bulan Ramadhan ini.

Dikesempatan waktu ini, selaku Pengurus Projek Core System LZS, saya ingin mengemaskini dan memaklumkan maklumat kepada semua kakitangan berkaitan status kemajuan Projek Core System LZS. Semoga maklumat yang diberikan ini dapat memberikan sedikit gambaran tentang kemajuan pelaksanaan projek ini.

Seperti yang diketahui secara umum, Projek Core System LZS merupakan projek pembangunan sistem aplikasi LZS yang meliputi beberapa Sistem Utama. Sistem-sistem ini adalah Sistem Kutipan, Sistem Agihan dan Sistem Kewangan. Selain daripada sistem ini, Core System LZS juga mengandungi pembangunan Portal, Tablet PC, Kiosk dan Handheld Device. Core System LZS yang dibangunkan ini adalah bagi menggantikan sistem-sistem kutipan, Agihan, Kewangan, Perolehan dan Portal yang digunakan pada masa kini. Core System LZS yang akan dibangunkan ini nanti akan mempunyai integrasi antara semua sistem, dimana sistem semasa yang digunakan sekarang tidak mempuyai ciri-ciri tersebut. Selain daripada itu, Core System LZS juga akan mempunyai beberapa modul tambahan yang tidak terdapat dalam sistem semasa.

Continue reading

Sekapur Sireh Dari CEO

Ketua Pegawai Eksekutif LZS

Kepada warga LZS yang dihormati,

Assalamualaikum W.B.T.

Semoga semua Warga LZS dalam kemanisan iman dan taqwa serta mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. Insya Allah.

Dengan sukacitanya, saya ingin menyampaikan kepada semua warga LZS bahawa, laman projek CORE LZS SYSTEM akan memaparkan perkembangan mengenai inisiatif pelaksanaan CORE LZS SYSTEM. Laman ini akan memaparkan maklumat projek seperti matlamat utama pelaksanaan sistem, soalan lazim (FAQs) dan aktiviti-aktiviti penting di sepanjang pelaksanaan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, LZS telah pun memulakan fasa pembangunan bagi sistem integrasi bersepadu yang dikenali sebagai CORE LZS SYSTEM , di mana sistem ini akan mengambil-alih sistem yang digunapakai sekarang. CORE LZS SYSTEM merangkumi sistem Kutipan, Agihan dan Kewangan LZS serta laporan dan portal.

Continue reading